Bahasa Arab




Dalam melaksana visi dan misi Darul Miftah, kami menggunapakai metodologi KIBAR sebagai kunci silibus pendidikan kami.

Metodologi ini dibangunkan oleh Ustaz Rusdi Alias yang memperkenalkan kaedah baru yang mudah dalam mempelajari Bahasa Arab supaya menjadi lebih seronok, cepat dipelajari dan mudah untuk difahami.

KIBAR adalah singkatan bagi Kelas Intensif Bahasa Arab. Ini merupakan siri kelas pengajian Bahasa Arab secara intensif berdasarkan modul yang dikarang sendiri oleh Ustaz Rusdi yang mengetengahkan penggunaan kaedah PUSAR. Kaedah PUSAR adalah kaedah dimana pelajar akan diajar untuk menggunakan sifir dalam mengingati perkataan-perkataan yang sering berulang dan popular di dalam Al-Quran. Penggunaan kaedah ini dalam setiap modul terbukti membantu para pelajar menguasai Bahasa Arab secara berperingkat dengan mudah dan berkesan.

Pengasas Darul Miftah iaitu Ustaz Muhammad Hezeikeil (Ustaz Helmi) juga merupakan bekas Tenaga Pengajar KIBAR. Beliau telah mengasaskan Darul Miftah di Singapura untuk memperkenalkan kepada masyarakat islam di sini amnya agar mereka mengetahui makna dalam Al-Quran dan doa-doa harian dalam solat.

Objektif Kursus Bahasa Arab Kaedah ‘PUSAR’ 

Pencapaian pelajar akhir kursus 
  1. Dapat menterjemah Al Quran dengan tepat mengikut kaedah BahasaArab dan berpandukan kepada tafsir AlQuran.
  2. Menguasai perkataan-perkataan paling banyak digunakan dalam Al Quran. 
  3. Mahir merujuk kamus Arab. 
  4. Boleh mempraktikkan ilmu nahu dan sorof di dalam Al Quran. 
  5. Faham apabila membaca Al Quran. 
    Untuk siapa kursus ini? 
    • Sesiapa sahaja yang tiada asas Bahasa Arab.
    • Sesiapa sahaja yang lemah dalam ilmu nahu dan sorof.
    • Sesiapa sahaja yang sudah belajar Bahasa Arab tetapi masih belum dapat memahaminya dengan baik.
    • Para pendakwah dan pemimpin dakwah yang masih belum menguasai Bahasa Arab.
    • Motivator yang tiada pengetahuan Bahasa Arab.
    • Mana-mana Muslim yang ingin mendalami maksud ayat-ayat Al Quran. 
    Keistimewaan kursus 
    • Diajar oleh Ustaz Rusdi atau guru yang diizinkan dengan penjelasan yang mudah, Insya Allah.
    • Diajarkan dari asas dan terus praktis di dalam ayat Al-Quran. 
    • Merujuk terus kepada ayat-ayat Al-Quran, memahami dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu.
    • Menggunakan nota-nota ringkas yang telah dipermudahkan di dalam Bahasa Melayu.
    • Diperkuatkan lagi dengan formula-formula untuk memudahkan pemahaman.
    • Latihan pembelajaran yang merangkumi 80% daripada perkataan yang digunakan di dalam Al-Quran.
    • Menguasai perkataan dengan memfokuskan kepada perkataan ‘popular’ dan ‘sifir’. 
    Pendekatan Kursus 
    • Pendekatan dua hala, menyeronokkan, bersoal jawab dan berhujah.
    • Pengulangan pada tajuk-tajuk yang penting @lambat difahami. 
    • 25% teori dan 75% praktik dari kitab. 
    • Menggunakan 90% Bahasa Melayu dalam pelajaran dan istilah-istilah yang digunakan. 
    • Latih tubi untuk memantapkan penguasaan. 
    Syarat kemasukan: Boleh berbahasa Melayu.

    No comments:

    Post a Comment