Pengenalan Darul Miftah

Darul Miftah telah ditubuhkan pada tahun 2013. Pada asal nya Darul Miftah hanya komited untuk memberikan khidmat membantu muslimin setempat dalam memahami dan mempelajari Bahasa Arab secara sistematik yang berkesan.Begitu juga Darul Miftah mengadakan Seminar-Seminar yang berhubung kait dengan Fardhu Ain atas tidak terlepas pandang kepentingan dalam menuntut fardhu ain itu lebih di Utamakan dari Fardhu Kifayah iaitu mempelajari asas Bahasa Arab..Oleh demikian kami mengadakan beberapa seminar yang berhubungkait dengan fardhu ain seperti Asas Aqidah , Fiqh ,Tasawwuf (3 serangkai)dan Seminar Rumah Tanggaku Syurgaku begitu juga aktiviti luaran seperti Bantuan Asnaf di sekitar Malaysia..sebagai asbab tidak terhenti pada teori semata2 akan tetapi terus membawa secara praktikal sehingga benar2 terbinanya Adabiyah Muhammadiyah

Visi
Membawa seluruh Umat Rasulullah sollallahu Alayhi Wa Sallam untuk kembali Bertauhid secara obsessi berselawat dan kekal MeRASAi dalam dakapan KasihNya Baginda Rasulullah sollallahu Alayhi wa sallam sebagai MIFTAH(kunci)Kecintaan,Kedamaian dan Kasih Sayang.

Misi
Membina Adabiyah Muhammadiyah dengan membekalkan ilmu dan amal serta Bersalik dalam bimbingan Guru kerohanian sehingga meRASAi kefakiran pada Ar Rahman dan tenggelam dalam tadbirnya Ilahi, yang meleraikan berbaki dendam dan benci sehingga tidak memandang keAKUan diri dengan asbab  limpahan CAHAYAnya bağında NABI Sallallahu alayhi wa sallam pada HATI,ROHANI dan NURANI.

Matlamat
Segala Seminar,Pengajian dan aktiviti yang kami mengadakan Adalah sempena MIFTAH(Kunci) untuk menjadikan Asbab Umat Islam kembali berTauhid dan menyatukan seluruh Umat  Rasulullah sollalahu alayhi wa alhi wa sallam dengan berpaksikan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,dan fekah bermazhab 4 imam yang Muktabar serta tasawwuf dalam thoriqah Salafunas Solihin..

No comments:

Post a Comment